Thursday, December 30, 2010

Hari Terakhir Bekerja di tahun 2010

Hari ini hari Khamis, 30hb Dec 2010
Esok dah cuti..Hoooreyyy!!!

Kronologi Bekerja Tahun ini :

Januari
- ofis masih di Bukit Bintang, syiok sebab selalu pergi lepak kat PAvilion.Time tu preggy 9 bulan kot..tapi giler kentang suker jalan lagi..End of Jan, aku start cuti. Awal siut..marah opismate aku yg gemuk tu kat aku..konon2 dia sorg je yg buat keje..

Februari
-7hb feb, lahirlah seorang puteri yg bernama Nuraisya Qaisara.Kelahiran kali ini lebih cepat dan sedap sgt smpai rasa xnak beranak lagi sebab takut kesedapan itu hilang.He3..Luqman is 1 years 3months at this time...and celebrate our Anniversary ke 2..smbil dapat anak ke 2

March
- Pantang time...semua xbole, ini xbole, itu xbole..haaa, itu ini dah bole..he3.

April
- Opis dah berpindah ke kawasan pedalaman lagi tersorok, dan perlukan marketing yg banyak utk menjelaskan koordinat pada org luar. Start masuk opis, dan sungguh terkejut sebab ramai sungguh staff2 yg rajinbaru.

Mei
- Kerja seperti biasa.Banyak giler cuti...Tarak naik gaji ini tahun..Tahun lepas, April jer naik gaji..

Jun
- Menjadi seorang yg sgt pemalas utk bekerja. Asyik ponteng and lepak kat umah mak

July
- MAsih lagi seorang yg suka bangun lewat gara2 2beradik itu suka tido lewat..Arghh...camni la jadi ibu kepada 2org anak

August
- Merdeka!!

September
- Happy Besday to Me! & Selamat Hari Raya

October
- Aku telah di sound CEO kerana datang lewat. Mula amik inisiatif utk datang awal..Tapi seminggu jer bertahan

November
- Ramai mgmt atasan telah meng sound aku secara indirect, jugk kerana attendance...Diulangi, SILA DATANG KERJA AWAL and JANGAN BALIK CEPAT. ko bukan xtau, staff kat sini, dtg awal, balik cepat, datang cepat, balik awal.Aku la tuh salah sorg nyer

December
- i dapat bos baru...muke cam cino ko...tetiba semnagat nak bekerja dah adooo....palaing lewat aku masuk kol 9.20am...tetiap hari aku breaksfast tau..and aku nak improve lagi la..
kot2 bole jadi MANAGER....hi3..kene berangan dulu la kan...

Time for lunch!


Esok Cuti


Esok diumumkan CUTI AWAM sempena kemenangan Malaysia main bola di Indonesia
Pekata tetiap bulan main bola...best siut, tetiap bulan ada Public Holiday..huhuhu..

Means esok cuti la kan, ermm..xtau nak kata best ke tak
kalau duduk umah sendiri, of course ler best, bole la aku menjalankan aktiviti kegemaran kat umah sendiri, tapi kalau kat umah org, kene la berhempas pulas menunjukkan kerajinan sebagai menantu terbaik di abad ini.

apa plan esok eh?
y not esok dok umah jek, menjaga si putera dan si puteri bersiram, main, beradu..
ermm, tak sabar plak...
atau
lepak dirumah sendiri emak




Selamat Pengantin Baru Ekin



Selamat Pengantin Baru beb!

dahla wedding ko glemer
Makanan sedap giler siott
decoration CUN
Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat

AMIN


Mereka gayat

Bajet dapat petik

syasya and Ayah

Ibu & Luqman

Ibu & Syasya


Mana gambar ayah & ibu??

tunggu korang besar untuk snap our pic dear..

Malaysia Juara


Semalam dalam kesibukan saya mengemas rumah, sempat lagi menonton bola Malaysia vs Indonesia..2-1, tapi Malaysia menang agregat 4-2...Tahniah Malaysia..

Pagi2, check sms from my ex-boss yg skrg ada kat China, "MALAYSIA BOLEH". Ingat lagi dia kat tanah tumpah darah dia tuh..Huh, bila ler u nak banjer ex SF staff kan..he3..

Skuad bola kita siap naik kereta berperisai ngkooo masa nak pi Stadium...Huhu...ganaz and brutal org seberang sana tuh. Beruntungla org seberang yg datang ke Malaysia..kerana kami tidak seganas mereka..

Walau camne pun, rezeki tetap berpihak pada MALAYSIA

antara Polis2 yang berkawal kat sana..cewek




Monday, December 27, 2010

Oh!..Malaysia Menang

Satu Malaysia dah tau kemenangan Malaysia menentang Indonesia 3-0 malam tadi.

Penyerang Kebangsaan, Safee Ali tgh menanduk bola masuk dan GOLLLLLLLLLLL!!
Alhamdulillah, rezeki dari Allah s.w.t

Actually malam tadi saya keluar pergi Tesco beli barang-barang rumah.Memang dalam hati ada rasa teringin nak tengok bola.Jadi nya, suami saya pun cepat2la shopink, ingatkan dia nak tengok bola.Rupa-rupanya dia nak tengok Indiana Jones kat TV3.Ermmm..nasib baik kat rumah kitaorg ada tiga(3), diulangi tiga(3) televisyen yer puan2..so, memang xde istilah rebut2 or tukar2 channel.

Shopink2, dalam pukul 9.00pm, saya bersama keluarga sampai rumah, dan saya terus meletakkan syasya di lantai dan saya duduk di sofa yg empuk.alhamdulillah syukurnya sebab TV sudah sedia ter ON.Dan dinamakan rezeki bila beberapa saat melabuhkan buntut comel keatas sofa, tetiba GOL pertama, pastu beberapa minit GOL kedua, and few minutes later, GOL ketiga...Eh, memang betul kan gol dalam waktu yg singkat??? Kan...Kan..Kan??
Memang ditakdirkan Malaysia akan GOL bila saya dah smpai rumah dan bila dah lepak diatas sofa, then barula Malaysia GOLLL...

Hehe..bukan nak kata, sebab SAYA tengok, Malaysia gol...
Maksud sebenar yg ingin disampaikan ialah, saya dapat melihat ketiga2 gol itu tanpa perlu tengok dari awal permainan bermula...HEHEHE..dats wat i mean...

Tahniah MALAYSIA dan rakyat MALAYSIA yg tak jemu-jemu memberi sokongan
(cewah, cam ayat artis bagi ucapan masa dapat trofi...berangan sudeyyy)

*Entri ini menggunakan kata nama yg sopan , AKU ditukar kepada SAYA. rasa cam lebih ayu u olsss...auwww..


Thursday, December 23, 2010

Seekor Monyet & Anaknya

Sekadar ingin berkongsi cerita yg aku copy dari email. Sgt sedih walaupun ianya hanya tentang "Seekor Monyet & Anaknya". Silalah baca dan hayati cerita ini.

Nota: Kisah yang di fwd kepada saya


Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu, matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan...

DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?

Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.


Soalan: Pernahkah anda menghadapi sendiri pengalaman kisah seperti ini?


Pesanan Ringkas : Keringkan lah air mata mu sebelum ianya kering sendiri

MISI & VISI

Life Improvement, to me, means hari ini is better than tomoro. This month is better than last month. This year is better than last year. Lebih kurang begitu la maksudnya..

Kenapa tetiba aku nak tulis pasal hal ni. Sebab masa early of December, aku ada pergi Interview ok..Konon2 nak carik keje lain yg gaji lagi besar. Oh, tapi ini program sponsor bg other s private company.In order to get the scholarship, we have to go for interbiu first..Un fortunately, they juz Keep In View(KIV). They said, i don have MISSION, VISION and blablablabla...Tapi org tua tu kata, biasala kalau dah jadi IBU ni, misi utama tentula keep thinking children and family future. Carrer will fall No.2....Why he said like that? Because his wife punya MISSION pun camtu..sebab tu dia letak aku dalam KIV list...WTF!

Tapi apa yg dia cakap tu mmg betul la kan..MISSION aku nak breastfeed Syasya till she turn 2years old..InsyaAllah, dan melihat anak2 membesar depan mata, means jadi Surirumah yang MENJAGA ANAK-ANAK DENGAN BERJAYA sekali. Takkan aku nak mention MISSION camtu kat org tua tu kan..because im looking for a job.Big mistake sebab aku xprepare awal2 and understood the job scope.i admit it is my mistake.its okay, bukan rezeki...Sampai patah2 pen aku sebab nervous skit2 kan..dah lama kot tak interview.

Kenapa kita perlu ada MISI & VISI dalam hidup?
Supaya perjalanan hidup kita lebih sistematik. Walaupun hidup kita sudah ditentukan oleh Qada dan Qada', tapi sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini yg dianugerahkan OTAK. Kita seharusnya mempunyai matlamat dalam kehidupan untuk dunia, lebih2 lagi untuk Akhirat. owh, ianya umpama MATLAMAT & CITA-CITA dalam hidup la kan.

Contoh macam aku, Matlamat : Nak bagi Syasya minum susu badan at least 1tahun 6 bulan.Eh, bole ker matlamat camtu? Tapi itula yg aku nak capai nih..aku makan macam2 Vitamin&herba smpai ada odour yg xbest utk memperbanyakkan susu.Bangun tgh2 malam utk pam susu buat stok.keluarkan riban2 utk beli pum. Memekakkan telinga mendengar sindiran2.Menebalkan muka kalau org ketawa bila aku mention pasal susu.Mengebalkan hati dgn segala dugaan asalkan matlamat aku tercapai.Aku banyak mohon pada Allah supaya memberi aku kekuatan,even aku bekerja, aku still bole memberi yang terbaik utk anak2 aku. Even suatu hari nanti, kerja, nyawa, kesihatan dan segala harta aku(eh, ada harta ker?) tergadai (kecuali body, only for Mr Saiful Nizam Ishak).

bagaimana nak mencapai matlamat tersebut?
Usaha, Usaha dan Usaha + Pengorbanan, Pengorbanan, Pengorbanan + Tabah,Tabah,Tabah
summary, perlu ada sikap yg positif utk mencapai matlamat. Silalah buangkan segala sifat2 negatif dan bende2 asing yg melemahkan jiwa dan semangat.Paling penting, bertawakal selalu dan mohonlah kepada Allah s.w.t.
Tak lupa jugak, Ilmu...banyakkan membaca. Korang tau x, ayat Al-Quran pertama diturunkan ialah "IQRA" bermaksud BACALAH. dan bukan TENGOKLAH...Bukan apa, skrg ni ramai yg tak suka membaca and suka tengok TV, MOvie tu, movie nih..Pendapat aku la kan.

OKla..as a summary, nak berjaya dalam hidup kene ada MISI&VISI.Kita kene fokus dan insyaAllah, semuanya tercapai.





Monday, December 20, 2010

Gastrik, Cirit-birit & ...

Seminggu sudah aku tak update and menjengah blog ini..
Apa sudah jadi??gara-gara kelambakan kerja yg semakin bertambah
as usual, aku seorang yg tak suka cakap konon2 aku banyak kerja
bila orang tanya je, mesti aku kata "Adala sikit, y?anything i can help u?"
Huuh...baik ke tidak aku ni?
Sekarang ni company aku tgj menrecruit Sales People...so, jenuhla tgh mencari candidate yg berkaliber and sesuai....kata Human RESOURCESSS......aku ni kire resource la kan...

NOTE :
To all HEAD HUNTER, i need your help urgently! Please1000x call me....
Tak kose aku nak mencari candidate sorang2...PLEASEEEEEEEEE!!!!!!

Owh, berbalik pada tajuk atas, malam tadi ntah apa penyakit hinggap kat aku
aku GASTRIK, CIRIT-BIRIT & MUNTAH-MUNTAH....Oh, NOoo...abis satu katil aku tawaf ala2 style biji bola...Sekali aku suruh husband aku beli kan pil Chi Ki Tek On...
Lepas makan, a few minutes then, aku UWEkkkk!!


SYABAS la kat Pil Teck Aun...Aku selalu pening2 cam angin masuk kepala, pastu rasa nak muntah, then susah plak nak muntah, sklai aku telan pil-pil ini, 1,2,3,4,5,6,7,8,9 ...Wekkkkkk...again..

Pergh..lega siott...adakah aku????ermm....NOT AT THIS MOMENT...No..No..No..

OK BACK TO WORK DARLING

Tuesday, December 14, 2010

Kahwin Muda

hari tu aku ada terbaca dalam satu newspaper apa ntah pasal kahwin muda
memang tak dinafikan, kahwin ialah satu perkara yang melengkapkan agama dan sunnah nabi.

Kahwin muda means berkahwin dalam usia lingkungan waktu korang sepatutnya belajar tapi korang dah kawin. Ala-ala dalam umur 10 tahun ke 20 tahun camtu la. Bagi aku sebab time tu adalah time mencari pengalaman belajar.Bukanla maksudnya bila dah kahwin muda-muda, xbole sambung belajar kan. Tapi once dah ada anak, masa untuk belajar tu adalah limit. Mana nak layan anak lagi, nak belajar lagi. Cuba korang imagine kan mak korang bekerja, agak2 ada banyak masa ker nak layan korang? same goes to this case jugak. pada aku, mana2 anak yg emak/ibu/mama dia bekerja, dia akan tau camne rasa menjadi anak yg macam kurang masa bersama emak/ibu/mama.

Let talk about kebaikan berkahwin muda.
1-Mengelakkan maksiat berleluasa. Yeah, of course la kan, sebab zaman skrg ni banyak budak skolah kene tangkap basah weih.Aritu aku tgk KES kat TV3, budak umur 14tahun, kat leher dia banyak giler Gigitan Cinta, dan dia ditangkap kat mana? kat umah sendiri.Weh, apa mak bapak budak tu xkesah ker? Mesti depa jawab "ada aku kisah?". Budak zaman skrg, nafsu len macam okay...Be careful

2-Meramaikan umat Rasullulah.Sekiranya berjaya mendidik anak dengan baik, insyaAllah mereka akan menjadi pemimpin-pemimpin yang berkaliber utk agama, bangsa dan negara.

3-Dapat mengumpulkan pahala dengan banyak. kalau korang tau la nikmat kahwin ni, bab paling sennag nak dpt ialah PAHALA. Diulangi PAHALA. Kalau kita bersama suami, kita dapat PAHALA, tapi kalau kita bersama Boyfren, kita dapat dosa dowh.Senang cerita, banyak perkara yg haram bole jadi halal. Alhamdulillah, aku salah seorang yg menikmati perkara yg Halal.

Tapi setiap yg perkara mesti ada PRO and CONTRA.

Keburukan kahwin awal lak :
1-Eh, sekarang ni zaman DUIT, diulangi DUIT.ko nak kencing skalipun, ko kene bayar 20sen ok.kalau ko xde 20sen, ko kencing la tepi jalan cam ^&*%&*%&^...

2-Gejala Sosial.apa yg aku pernah tengokla kan. Mak dia kawin muda, dalam umur 15tahun. pastuh xkan nak harap laki je keje kan.dahla tak berpelajaran tinggi.So apply la keje kat kedai2 kat pasaraya.Gaji dalam RM700 ~ 800.Pastuh dahla keje 10am smpai 10pm. Weekend pun kerja.Cuti sehari seminggu. Anak-anak plak sape tgk and jaga? Waduh3, Lu pikir la sendiri!!

3-Dah puas Enjoy ker?kata orang hidup ni cuma sekali, sooooo kita enjoyyyy!..Janganla nak menipu kata korang nak enjoy bila dah kawin.Zaman sekarang nih, huh...kot2 geng kawan2 korang nak buat rombongan ke tempat2 yg best ker, tak pasal2 kene mintak permission suami, pastu suami bising2,
"Eh, kalau ko pergi, sapa nak jaga anak, sibuk nak enjoy2 plak"...haaa, cam rugi jek tak dapat nak enjoy2 ngn kawan2 sesama muhrim.Eeeee....xkuasa i...

4-Murid2, kamu kene mencotohi ibu bapa kamu.Mereka belajar tinggi2 nak dpt pekerjaan yg baik2, mencari rezeki yg halal utk menyara kamu.Oh, mak saya org kaya, xperlu belajar tinggi2, xperlu cari duit, Yang penting mak saya kahwin awal umur 14tahun.Tererkan mak saya...kawan2 anak dia tu, semua terkejut sbb mak dia kawin masa skolah.Mesti Best student dapat Straight A..

Kesimpulannya, setiap perkara ada baik dan buruk, begitu juga kahwin muda.As for me, aku xberapa setuju kalau adik-adik aku kahwin awal even dah pergi kursus kahwin pun.Silalah belajar soal kehidupan dizaman yang mencabar ini. Berapa banyak lagi kes penceraian berpunca dr soal tanggungjawab yg kita nak tgk peningkatan.
Aku lebih prefer, belajar, simpan duit, melabur, then kahwin, then dah ada anak 3 atau 4, then berenti kerja jaga anak. Dat the best for me..Anak sorang dua, mgkin bole lagi mendabik dada dengan gaji RM1500.Tapi bila anak dah 3 ke 4, camner???

Silalah jgn dok mengkondem post aku nih...ni blog aku, so suker hati aku la nak ckp apa yg aku rasa dalam hati aku.Ingat muda mudi sekarang, hidup kita mestilah ada matlamat, Misi & Visi.Bukan sekadar omongan kosong berangan2 nak menjadi isteri mithali tapi otak is zero knowledge about hidup berumah tangga.




Sunday, December 12, 2010

Avent BPA Free


Avent BPA Free 260ml / 9oz ada 4botol
RM130 include postage

Clinically Proven :
1-Helps settle your baby-especially waktu malam
2-Colic?!...No..No..No...
3-High durable
4-Easy to clean

Aku mmg pakai botol Avent ni since dr Luqman masa baby lg..Memang botol ni agak mahal sikit berbanding botol yg ada kat market tu. Tapi past experience membuatkan aku setia kat botol ni je.
Ingat lagi masa memula aku pakai botol biasa, a bit struggle la nak melayan budak ni asyik kembung je kan..skit2 minyak telon, skit2 minyak telon, aku pun xtaula mana silapnya kan.
then aku pun mengoogle dalam internet, and i found this bottle is good for baby yg asyik kene colic.after that, aku pun belikan even masa tu terpikir " apa kes la aku beli botol mahal2 nih?
aku ckap kat laki aku botol ni RM15..hahaha...dia mana tau sgt bab2 botol2 nih..Tapi sekarang dia dah tau semua harga botol.maklumla anak dah 2 kan.

Memang TERBUKTI, anak aku tido siang dgn nyenyak skali...Malam breastfeeding, so mmg xle kata apa la kan...tido tahap tuan putera puteri.And xdela menyusahkan bbsitter aku kan.

So, apakata korang dapatkan botol Avent ni utk percubaan.Aku jual sebab beli banyak.Sebab masa aku beli murah, so aku jual la murah jugak.aku beli 4 kotak, 1kotak aku guna, lagi 3 nak jual.Kalau harga market dalam RM150+ after less.dahla mahal, ko ingat Avent ni adas jual kat pasaraya ker, selalu aku g beli kat PAvilion jek, bayar parking lagi tau.So, mehla rembat 1 kotak sementara ada stok.

Sesapa yg nak, silalah sms ke 014 2222 421.



Thursday, December 9, 2010

Birthday Ayah

Semalam kitaorg celebrate besday mereka berdua nih, Ayah & Ibu Mertuaku
kebetulan besday dorg jatuh on 7 & 8 Dec.
so 2 in 1.Penat jugakla aku berkejar nak beli kek and juadah berat,apalagi Nasi Arab
feverret aku sorg, sbb aku tgk dorg ni xreti makan sgt Nasi Arab tuh.terkial2 jugakla aku nak perabihkan.Huh, kalau letak kat family aku, konfirm licin and xyah cuci pinggan kot..HaHaHa


Aktiviti Birthday Man melepaskan gian main game tembak2 screen

Abang ni pulak sibuk nak main Go kart even kaki xsmpai...seb baik action jek


Kek yg comel...xsempat nak singgah Secret Recipe..Huh...xrela u nak beli secret recipe..family dorg xreti makan kek sgt


Nasi Arab, beli kat Saba Restaurant, Dataran Jelatek

with their cousin from Bintulu, anak2 cikgu mereka nih


untuk hadiah, mak xdapekla nak beli, xsempat
utk Birthday Boy, i belikan perfume dia sebab dah abis kat The Mall
Polo Silver..opsss..kenapa?
sebab bau tu mengingatkan aku masa memula kami kenal..sweet maaa cam gule-guli
yg penting I LOIKEEEE!

Happy Birthday to My Lovely Husband
Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat kerberkatan dr Allah s.w.t
Diberi kesihatan dan kebaikan.
I Love U Sayang (dengan sepenuh hati jiwa & raga)

*pin mom in law xde sbb dia xpakai tudung..nampak rambuut..

Putrajaya Lagi!


Malu nak menjejak kaki ke KKLW lagi sebenarnya
tp disebabkan kerja, aku tebalkan muka ni ala2 setebal dinding
sebab teringat insiden nak jumpa menteri la konon2
Entri tu kat SINI

But this time aku mmg dah ingat Floor berapa...Hi3..
harap2 makck kaunter tu xkenal aku lg..

Sepatutnya aku cuti, tapi as i said, ada kerja perlu dibuat
aku mengsedekahkan cuti aku for free..Oh, baiknyer aku

dan aku perlu cuti esok sebab:

1-Esok mak mertua aku balik Penang, so sapa yg harus menjaga Luqman?
2-Aku dah janji ngan Zila, ok..dgn dia dah banyak kali berjanji, tp memasing kesibukan masa.Dahla aku pinjam buku dia xpulang2..bila sms, "Weih, jgn lupa bawak buku aku"
he3..
3-aku ingat nak buat rambut...tp yg ni xconfirm lg
4-Nak kemas rumah
5-Packing barang utk trip ke Gambang (opis organize) <---tp yg ni xsurela, sebab nak kene balik kg..adohai, wahai petunjuk, berilah aku cLue skit.



Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah 1432
So, Public Holiday and semua bercuti...Syiokkkk
sebab bole bangun lambat..tu ler keje aku ..bangunnnnn lambattttttt jek tau
(bila la ko nak berubah ni nurra syida oiiitt)

Sempena Tahun Baru dalam calendar islam, apa azam korang?
cam biasa yg selalu kita dengar
nak yg terbaik dr semalam, memperbanyakkan amalan dan bla bla bla..semua yg baik la kan
of cos la baik kan..
xkan amalan yg semakin jahat lak..

doa akhir ada baca x?ala...xwajib pun kan...tp sunat...
aku juz dgr dr Radio HotFM je masa balik kojer...tu pun Kieran yg baca and aku Amin kan..
he3...

Semalam juga adalah hari yg special utk kami sekeluarga
En Saiful menyambut Ulangtahun kelahiran yg ke tutt...he3...28 ler..
Oh, Tidak! semakin hari kita semakin tua kan
and semakin kita tua semakin kita asyik nak tidur je kan

Oh, salam Maal Hijrah ni lambat sehari sebab aku ikut time Kutub Selatan..ekekek..
baru teringat yg aku der janji ngn mak aku nak balik umah dia semalam
tapi aku terlupa sebab banyak keje umah yg perlu dibuat

Wahai Syida,

1. Silalah jangan melambatkan solat
2. Silalah pergi keje awal
3. Sila lah berubah
4. Silalah buat misi dan visi hidup

arghh...bersepah...dr mana aku nak start nih

Friday, December 3, 2010

New Tips Tulis Blog

Salam sejahtera

mulai hari ini aku takkan align center lagi writing aku kat blog nih. Semua nih lepas aku baca tip blogging dr RedMummy nih. Dia kan Otai Blog. Dia kata kalau korg dok align center, dia xmo baca blog, Hu3..mana tau kot2 dia tersinggah kat blog aku ker..sapa tau kan?

Kalau pikir aku pun, aku jarang la nk baca blog org yg align dia center sebab cam ala2 pening lalat gituh.

Honestly aku banyak refer dr blog dia especially cara nak memberanakkan duit..ekekek.. tak kisahlah kalau org nak kata aku mata duitan ker , materialistik ker, hapa ker...

ermm...ada aku kisah ker?

Start from now on, i will never use center alignment.....

PEACE and SAY NO TO CHILD ABUSE



Tuesday, November 30, 2010

2 Pengantin

skrg ni memanjang je musim org kawin
nak-nak lg time cuti skolah kan
every weekend mesti ada org kawin sana sini
so makan and minum for FREE <----tu yg best tp kekadang tu rasa cam nek muak every weekend makan nasi kenduri tapi kalau tak pergi bila org dah jemput berdosa tu beb..! as usual,every weekend aku akan overnite kat umah mak aku kat Taman Melati Sabtu mmg xde apa2 eventla kan.. Ahad ada 2 wedding yg aku WAJIIB pergi


1st pengantin ni jiran aku and kawa dr masa zaman hingusan lg
pastu skolah sama2, nakal sama2..opss...hi3
dgr cerita husband dia org Johor
masa tgkap pic ni, dorg blom nikah lg
aku sampai dlm kol 11am gitu
so, juz wish and salam
then xdapek nak makan sbb bergegas ke wedding sepupu aku kat Melaka
janji datang kann???
tunjuk muka beb


Ni sepupu aku yg sebaya ngn aku, anak mak lang aku
comel kan dia
Selamat Pengantin baru Intan
owh, baju dia buat sendiri okay..
ada ciri2 isteri mithali bole jahit baju laki ko nanti
makanan dia mmg best giler kaw-kaw
salah satunya
segala jenis bahagian kat lembu masak lenak cili padi
nasib ko la kalau dpt perut ke,pinggang ker, ekor ker....

dan sila lah layan pic2 kat bawah2 ni
berangan jd pengantin sekejap

all my sibling was here


Aisya wif greatgrandma and nenek


aksi membuli budak kecik

dan banyak lg pic2 lain..
xsemuanya harus public kan?

berblog juga perlu ada ruang utk privacy

Friday, November 26, 2010

tandatangan baru ku

korang nampak x signature kat bawah tu?
aku baru buat..
Ngeee...cantikkan ...very the curllll

Tukar Style Lorr


aku tetiba cam rasa nak tukar pakai tudung syria lak
and rasa skrg ni nak memborong tudung syria sekali banyak
10 helai trus dgn harga borong
sesapa yg nak suh aku beli tu
silalah tinggalkan komen

Faktor-faktor yg menyebabkan aku nk pakai Tudung Syria ni :-

1. sgt senang, juz sarungkan jer

2. tak payah nak iron..aku paling benci iron baju eh, sbb tu aku slalu gi keje pakai jeans..ngeh3x...aku cuma iron baju laki aku jer la kan

3. anak tudung or also known as Inner, bole kaler maler

4. of course, CANTIK

I do hope my new style akan start on next year la kan..skrg ni kumpul tudung dulu
skali buat perubahan mendadak..haa..ambik koo
mesti ramai yg kata
"Ermm..cantik2", "nice2", "syida sesuai camni" dan banyakkkk lagi..
tp serius jgn makan dek puji
kembang bontot kasi sikit jek

TUNGGUUUUUUU.............


Tuesday, November 23, 2010

Katakan TIDAK! pada Penderaan Kanak-Kanak


Penderaan Kanak-Kanak
sesuatu yang terlalu kerap kita dengar, lihat, tengok
dan dengan perasaan yg sedih, geram bercampur baur
kita rasa nak menbelasah org yg buat kerja terkutuk tu
Perkara ni tidak sepatutnya berlaku dan sangat membimbangkan sebab semakin hari semakin meningkat kes penderaan
Ada jugak ibu bapa yg sepatutnya bertanggungjawab menjaga dan memelihara kanak-kanak tetapi berlaku sebaliknya

Ish...binatang ke hapa ko ni?
xde otak ker?
apa ke bodoh la ko ni?

itula antara kata-kata yg sering kita dgr bila berlaku penderaan kanak-kanak bila dah kluar paper
xde apa yg boleh diungkapkan melainkan beristhifar semoga kanak-kanak itu sembuh

Tau x apa impak yg akan terjadi bila kanak-kanak itu membesar?
mereka juga akan mendera kanak-kanak kesan daripada penderaan terhadap mereka punya otak
So, smpai bila perkara ni akan berlarutan, haa??

Sudah smpai masanya, kita semua hendaklah bekerjasama melindungi mereka umpama kita melindungi diri kita sendiri. Mereka masih kecil dan mentah untuk mengetahui apa yg berlaku disekeliling mereka.Mereka adalah anugerah Allah yg tak ternilai. Bakal menjadi pemimpin dunia, meneraju sesebuah negara.

Sekiranya korang ternampak kes-kes ni berlaku di depan mata korang, cepat2lah laporkan,
JANGAN BIARKAN SAMPAI
NASIK DAH JADI BUBUR

1 - Cepat2 call Teledera 1800 88 3040

2- Laporkan kepada Pejabat Kebajukan Masyarakat yg berhampiran

3- Laporkan ke Balai Polis

4- mana2 ahli Pasukan Perlindungan Kanak2/Pusat Aktiviti kanak2 yg berhampiran

5- Sila ke hospital yg berhampiran terus



Wahai my lovely readers and people out there

PLEASE
PLEASE
PLEASE

unicef

Nak aku letak pic ker?
Sorry sgt2..
aku mmg xbole tgk budak kene dera
kesan2 lebam or luka or apa2 kat badan dorg...
korg google la sendiri kerana aku xsanggup utk menggogle dan meletakkan dlm blog aku semata-mata nak menang hadiah camera. Kalau kat paper pun aku xleh nak tgk, inikan belog aku
Huh...



Over Confident

Huh!susah sgt sekarang nak berblog gara2 kebizian yg teramat sgt
Sampaikan buat kerja terover confident
talking about Over Confident
ada story yg a bit funny happen on last friday

bole ketawa dulu before story to u all?
HaHaHaHaHaHa
KehKehKehKehKeh
WaWaWaWaWaWaWa

I went to KKLW to submit the Document Kontrak
pergi dgn my lovely husband, so xperlu la susah2 nak drive kan
some more kat sana susah nak parking kot
and some more aku bawak kotak besar A4 yg bole letak 5ream paper

once reached at the counter
Me : Saya nak jumpa En Rahim, tapi xingatla dia tingakt berapa..
(okay, dah byk kali pergi, still xingat tingkat berapa)

Makcik : En Rahim, Rahim apa eh?
(dia tanya kawan dia)
Weh, En Rahim tingat baper eh?

Me: Eh salah2, sori, bukan En Rahim, En Rais
Makcik : En Rais la plak

Makcik 2 : En Rais apa? kat sini banyak rais dik

Me : En Rais Yatim (this time im very2 confidento)

Makcik 2 : Eh, biar betul dik, Rais Yatim tu nama Menteri

Me:Eh,ye ker?xperla, sy kol en Rais..

Hello En Rais, kat tingkat baper eh?
ooo..ok2..sy naik atas yer..
Terima Kasih yer kak, Tingkat 6

Aku nak gelak ok time nih
Tahan!Tahan!
Sambil angkat kotak, aku gelak2
tp xdela rupa org giler

See..See..See
nampak sgt aku xsesuai keje gomen kan, nama menteri pun xingat
Once upon a time, aku penah g interview gomen
Pastu dia tanya nama agung
aku pun, minta diri dulu la yer..

Ampunnnn!!!

Friday, November 19, 2010

Genting Highlands

Last Sunday
kitaorg naik genting, bestla kan sesekali jenjalan bawak anak2
and tetamu istimewa


my Mom in Law
since dia xpenah g, so kitaorg bawak dia skali
Kitaor men indoor game jek sbb kat luar hujan
and the price is not bad, Peak season
Tix for Me : RM30
Tix for Luqman : RM28
Tix for My Mom in Law : RM14
total : RM72
Husband aku banjer and dia xjoin men game sbb dia kene jaga budak kecik

malas nk cerita byk..tgk jer pic

She is so xcited
siap terlompat2 lagi baby comel ni
Tok xnampak
actually after few minutes, Luqman dah menangis sbb nk turun
dia mmg takut ngn semua game kat situ
so xdapatla kitaorg nek game byk2



dia start menangis lg





sambung part 2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...