Thursday, April 28, 2011

Belt kereta putus

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda tahu pasal kereta punya bahagian enjin? Soalan untuk memerli diri sendiri. Honestly saya kurang tahu. Kurang tahu yer, bukan tak tahu langsung. Tahu isi air wiper, check minyak hitam, air radiator dan...ermm..itu sahaja. Semalam saya masuk kerja lewat sebab belt kereta putus. Serius ngko nak pusing stereg ke kiri dan kanan adalah amat susah dan berat. Seolah-olah "Awak yang bawak kereta" dan bukan "Kereta yang bawak Awak". Nak jer saya sound " Kita bako jer..Kita bako jer". Ayat UsopWilcha..Glemer weh sicacat dok wheel chair tu.


Nampak tak tali halus-halus tu? tu lah belt yang putus tu. Siap en Mekanik sound lagi..Kata saya Racing ker pejadah ntah.

En Mekanik dan adik saya menggodek enjin. Saya malas nak layan la kan. Dok melayan telepon je manjang. Janji kereta siap, sudeyy..Saya pergi godek enjin kat Workshop taman Melati sebelah Pasaraya TS Mega.

Sambil menunggu, dok belek-belek kasut CROCS adik saya yg dah tak serupa kasut tapi masih boleh pakai. Mendela kau ni beli kasut ratus-ratus pastu letak kat kaki. Sudahnya jadi macam ni pulak.

Saya lagi suka kasut yg macam selipar. Sempoi dan selesa dan cantik pun. Beli masa pergi Taman Mini Malaysia & Asean, kat Ayer Keroh, Melaka. Harga? RM20 je weyhh...Pergi baca entri Taman Mini Malaysia kalau tak baca lagi.


4 comments:

Liza @ Adzriel AB said...

nak cari spare part murah pun boleh kat sini http://res2supply.blogspot.com/

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, nie mesti kes dah boring tunggu kete repair lambat sangat layan kasut ler pulakkkk..heehee

SaiSyi said...

Oraite Liza...I dan tgk..and ada info pasal kereta jugak..Must READ!

SaiSyi said...

BSB : a ah...hahahha...bosan nunggu kan..kalau der kedai makan, dah melantak kot..Hi3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...