Monday, April 11, 2011

Saya rasa kesian dengan dia..


Dia ni kan tak habis-habis dengan isu Video seks dia kan. Dari dulu la, dari zaman saya sekolah, pastu sambung belajar kolej, pastu sambung kerja, pastu kahwin, tak habis-habis cerita pasal dia ni. Semua orang kenal. Seluruh Malaysia. Ada yang percaya dan ada yang tidak percaya.

Semalam saya tengok berita, tajuk berita tu " ..... melenting bila ditanya soalan tentang video dia ". Cuba kalau engkau letakkan diri kau kat tempat dia. Of cosla melentingkan. Di tanya soalan-soalan camtu. Eeee..kalau saya jangan kata melenting..memang sah-sah kene air liur kahak kuning hijau saya melekat kat batang hidung orang yang bertanya. Tapi itula, tak semua orang memiliki kesabaran sebegitu rupa.

Kadang-kadang saya terpikir kenapa orang lain takde kerja sibuk nak produce video lucah yang baek punyaa..adeh..Bukankah menutup keaiban orang lain, bila di padang Mahsyar nanti Allah swt akan menutup keaiban seseorang itu?

Saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik buat masa ini. Serius saya memang tak minat sangat politik. Tapi saya ada pilihan hati saya sendiri. Undi anda adalah rahsia dan yang pasti saya akan melaksanakan tanggungjawab bila sampai waktunya.

Semoga Datin Seri Dr Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersabar dengan dugaan di dunia yang sementara ini.

*ala..kalau betul pun, ada ko kisah? berapa banyak lagi lambakan video-video anak melayu yang tersebar. Tapi sapa peduli? Orang tua tu jugak yang ko kesahkan..


3 comments:

Elih Japahar said...

Hermm..aku tengok pun kesian jg dgn DSAI ni, tak habis dgn kes lucah macam ni...sesungguhnya kalo benda ni tak betul, maka memfitnah lagi jahil dr membunuh...doakan negara kita dijauhkan sebarang musibah!

chii said...

satu satu musibah muncul..kes saiful x settle lagi..kes video plak yg muncul..

semoga kebenarn akan terungkap x lama lagi

chicken_floss said...

Kesian mmg kesian, tp kebenaran harus dirungkaikan..i did kisah pasal isu ni..bukan sibuk nak tgk dia berseks..kih kih kih..tapi sbb dia seorang pemimpin,kalo byk sgt mslhnya..ssh jugak bile memimpin nanti..mmg x ptt sebar video seks tu kalo btol dia yg buat..tp kalo btol x buat,xyah pusing2 citelah,buat sumpah laknat utk back up diri..tapi xde plak nak buat..dulu ai minat dia..BUT NOT FOR NOW, dia byk betray melayu..mengkucar kacirkan org melayu sndri,smpi hak ketuanan melayu pon dipertikai..ap pnye bngsa pon xtaw..(sorry empunya blog,hanya pendapat humble dari ciken) but nice entry!=)i loikee!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...