Wednesday, July 6, 2011

Mungkin Awak Tak Baca Sampai Habis kot..

Sejak kebelakangan ini saya teramatlah sibuk dengan kerja baru saya yang boleh dikatakan sangat mencabar. Mencabar kerana bos saya sangatlah garang dan mempunyai banyak pantang-larang yang tak sesuai dengan saya. Saya mengamalkan hidup yang sederhana dan takdelah nak bepantang-larang bagai. Eh, memang serius banyaklah pantang-larang orang tua tu.

Sudahkah anda membaca entri "Cabaran serumah dengan Mertua" yang lepas? Sudah baca betul-betul atau sekali pandang jer? Let me brief about the topik.

Topik itu mengisahkan

Betapa istimewanya seorang insan yang duduk serumah dengan mertua.
Betapa banyaknya kebaikan apabila duduk dengan mertua.
Betapa senangnya duduk serumah dengan mertua.
Betapa baiknya ko sebagai menantu menjaga mertua.

Bukanlah saya mengatakan duduk dengan mertua adalah susah kerana melayan perangai mereka yang banyak songeh. Sesetengah sahajalah yang banyak songeh dan cerewet.

Syabas kepada mereka yang ada hati atau niat dan jaga mertua dengan baik. Itu sahaja lor wat masa ni.

Lain kali baca entri saya sampai habis then baru komen yang munasabah yer.

Terima kasih


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...