Friday, July 15, 2011

Sila Baca Cerita Saya Pergi Temuduga

Alahai, bosan bukan main hari ni selepas pemergian bos ke luar Malaysia. Tapi dalam hati ada bunga sedang mekar harum juga. Hahaha...

Sudah lama tak mengemaskini update dengan topik terbaru dan bernas. Juga Review salah satu blog yang telah review blog saya. InsyaAllah dalam masa terdekat ini juga.

Hari tu saya pergi interview kat satu tempat yang berdekatan dengan rumah dan dengan tasik dan owner is also someone well-known. Alahai, sekarang ini kalau nak keje, mesti keje dengan well-known person je eh. So, bole tumpang glamour sekaki.

Salah satu soalan yang saya masih ingat dan takkan lupa


"Sekarang u kerja company apa?"

"Saya kerja di T H Sdn Bhd"

Kat mana tu?

"Sub "C R Sdn Bhd, tapi T H Sdn Bhd tu more on property investment"

"Owh, sikh tu? Yang kamceng dengan Najib and Rosmah tu?"

"Eh, bukan Sikh la, India Hindustan, Phil Bi Dil Hai Hindustani"

"So, u Secretary kepada dia?"

"Yup"

So, dari situ pun saya tahu bos saya seorang yang glamer. Hahaha...glamer-glamer pun bahaya siot. Silap hari bulan bole kena bom macam Altantuya daa...Silap boleh gurau cakap Hindustan time Interbiu beb..

Sebenarnya yang jadi Secretary kat sini paling lama pun yang bertahan sebulan jer. Saya pun hampir sebulan. Tak tahulah kalau dapat pecah rekod. Serius tak tahan sebab bos saya very protocol punya orang. Ini tak boleh, itu tak boleh. Tapi buat masa ini, bos saya melayan saya dengan baik dan tidak marah-marah macam staf-staf sebelum ni. Alhamdulillah..

Tapi tengoklah kalau interbiu saya yang itu berjaya, mungkin saya akan pergi situ pulak sebab situ majoriti adalah melayu dan rasanya semua melayu. Kalau kat sini, saya seorang saja Melayu. Jadi bila balik rumah, lidah saya dah berpusing-pusing. Speakong Speaking...

Sekian untuk hari ini.

Doakan semoga saya berjaya dalam temuduga kali ini. Semoga Allah swt memberkati hidup kalian semua.

Amin.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...