Wednesday, August 10, 2011

Pok Pek Pok Pek

Baru 10 hari berpuasa bermakna baru 10 hari saya bekerja di tempat baru. Itu pun dah buat hal. Kesalahan pertama, hari ke-2 masuk half day sebab kepala saya betul punya ting tong tak boleh nak buka mata dan bangun tidur. Kesalahan kedua, ambil cuti on hari ke-9 bekerja sebab tak sihat. Nak buat camne, dah memang tak sihat. Jadi kalau bos marah sila masuk telinga kanan, singgah kat hati jap, pastu kuar telinga kiri. Jadikan iktibar.

Dalam tak sihat saya semalam, sempat juga saya meronda Times Square. Sebenarnya tujuan ke Times Square ialah untuk ke Nokia Service Centre. Handphone pun tak sihat jugak. Saya rasa menyampah pergi Times Square kerana boleh dikatakan hamper 80% pekerja kat kedai-kedai lot itu semua adalah foreigner. Paling ketara orang Filipina. Perghh..ramai betul lambakan orang asing kat Kuala Lumpur. Macam mana lah saya boleh jumpa banyak budak melayu yang menggangur sedangkan sektor pekerjaan di Kuala Lumpur dikuasai pendatang asing.


Dalam hati nak shopping, tapi ku tahan Jebat nafsu serakah ni. Kang memang saya rembat kasut 1, belt 1, baju 1. Dugaan bulan puasa. Sabar nyahh…


Hari ni saya dah sihat. Semalam saya melantak tidur dari pukul 2pm sampai 6pm. Giler hapa tak tolong mak mertua sediakan juadah berbuka. Sudahnya saya ke bazaar ramadhan jer beli Kuih Bakar, Mihun Singapore yang tak sedap.


Sebenarnya semalam juga ada buka puasa kelolaan tempat saya bekerja di Hotel Istana. Dalam hati saya “Erk, Hotel istana? Tak best siut. Takde tempat lain ker?” . Itu hati saya, hati awak saya tak tahu.


Sebenarnya saya nak cerita betapa malasnya saya dalam bulan puasa ni. Nantilah entri lain pulak.


*Ada sesapa nak ajak saya pergi buffet buka puasa lagi?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...