Wednesday, October 3, 2012

Pertama Kali Ambil MC

Satu tahun dan 2 bulan saya bekerja dan baru hari ini saya amik Medical Leave. Oh yeahhh!!! Finally, kiranya antibodi memang kuatlah sampai setahun lebih tak cuti kerana sakit. Atau ada yang lebih kuat tak pernah sakit 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun atau seumur hidup memang tak pernah sakit? Memang saya angkat tabik spring la, memang sah orang itu adalah dalam lindungan sorga yer. Doraemon yang robot pun sakit, inikan manusia yang dijadikan dari tanah...The conclusion is NOBODY PERFECT!

Selalunya bila saya sakit, saya akan minum 100plus sahaja dan masih pergi kerja. sakit-sakit pun kerja ngko. Cari rezeki sampai macam tu sekali. Tapi kesudahannya tidak juga kaya-raya. Tapi Allah tu maha adil. Sakit juga adalah rezeki. Rezeki untuk menghapuskan dosa. Ko hado ker?




Selasa pagi tu saya memang dah sedar perut terasa lain macam. Dah agak dah ni mesti penyakit berjangkit yang tenganh hot sekarang ni, cirit-birit. Ah, memang dah terkena angkara gelakkan babysitter yang kata cirit-birit bole berjangkit.So, percayalah kawan-kawan, cirit-birit is truly virus yang berjangkit thru udara dan air.

Lunch time memang saya dah tiada selera nak makan terus masuk surau membuta sebab tak larat badan lemah gemalai. Sudahnya lepas bangun memang serius tak larat, terus sambung tidur sampai pukul 4, kemudian rasa segar sikit terus pergi Klinik panel. Pergh, sejam lebih tunggu turn. Bagi saya, apabila servis klinik itu bagus memang akan ramai orang. Oh pleaseeee....lah.

Finally, Dr Raha mengesahkan saya demam dengan suhu 38.5. Dia bagi MC sebab dia boleh bajet esok saya akan demam lagi panas. So, dapatlah MC dan beberapa jenis ubat yang uwekkkk...Serius saya makan 2kali jer, petang semalam dan pagi tadi. Wakakakka! Selebihnya minum 100plus sahaja. Paling tak boleh blah, ubat angin yang membuatkan saya kentut anytime and anywhere. Huh...

Now i feel much better than yesterday....

Alhamdulillah diatas nikmat kesakitan ini dan mudah-mudahan segala dosa-dosa kecil saya diampunkan . Amin.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...