Saturday, April 2, 2011

Keje Admin

Mungkin ramai yang ingat kerja Admin ni senang, saya pun macam tu jugak jugak. Angkat tepon, incoming fax or mail or outgoing fax or mail, buat surat, makesure barang pantry dan stationery cukup, opis bersih dan segala-galanya yang berkaitan dengan environment kerja. Kalau ko kerja rasa tak best, sila salahkan admin.

Saya juga sebahagian dari Admin Department, dan pada masa yang sama Human Resources. Nak cari staff baru? Kerja saya lah yang deal dengan Jobstreet semua. termasuk advertise dalam Internet, Paper dan macam2 cara saya guna demi menjimatkan wng syarikat dari membayar yuran yg mahal utk post satu job. Bos tak kisah kot, dorg approve ker so far. Tapi saya concern, saya tak suka cara mahal. Juz imagine, company pay out RM3,500 for 1 position, at the end, a few month lepas kerja, resign. Kejadah ko keje sekejap pastu resign kan...

Baru-baru ni saya diserapkan ke Akaun department. So, jgn haraplah nak bergoyang bontot atau kaki macam dulu. Kejap-kejap, buka cek. Kejap-kejap, cek bank balance. So, just imagine my job are Admin, HR and Account. So far, bab Admin dah memang seriusly tak bole catch up. Memang have to say Bye Bye la kan..Mana taknya, saya tak buat langsung record for Incoming Fax or Mail. Mana sempat ngko...Tahun lepas punya pun tak filing lagi. Yang peliknya Admin sekarang tak buat macam yg saya buat dulu. Keep 1 record for Admin site.

Please la jgn kata tak tahu. Saya dulu pun belajar sendiri. Please dun judge it because i am the senior so i have to do all the admin sebab kau tak tahu. Please la ada inisiatif sendiri utk buat sesuatu kerja tanpa bantuan org lain.

Nak cari cleaner pun susah. Saya juga yang deal. Punya la senang pun tak bole buat. Nak beli penyapu, nak beli penyodok. Cakap bukan main, semua kerja dah macam-macam buat. Tapi benda kecik nak carik cleaner pun kemainlah nak suh aku juga yang pikir. Sudahnya saya buat muka bodoh jer la..Sorry, im so bz with account filing. Jangan kau sorang audit, saya pun audit jugak. Tapi no need to spread the news la yg ko kene audit.

Luckily, saya dapat exec yang understanding. Alhamdulillah...




Thursday, March 31, 2011

Bukan April Fool

Hai kawan-kawan, saya nak war-warkan tentang offer yang best nih..



So, esok saya dan kawan-kawan akan makan di Ampang Park...See u there!

Apa Sayang-Sayang?!!!

Saya paling tak suka dan menyampah bila seseorang lelaki yang takde kene mengena dengan seseorang perempuan tu mengedik-gedik sial panggil perempuan tu "Sayang" la, "Darling" la, dan yg sewaktu dengannya.

Bagi saya, lelaki yang macam tu adalah lelaki yg macam sial. Apa ngko ingat bila ko panggil aku "sayang" aku akan meleleh air liur kecuq cair tengok ngko..Wey, baik ko pergi tengok muka ko tu kat cermin dulu atau rendam dulu muka guna clorox kasik sedar sikit sapa ko nak panggil aku dengan panggilan sial camtu?..Wey..pergi mampos la kau..Apa ngko ingat ko panggil aku camtu, aku akan tak marah la kat ko??Aku betul-betul hangin satu badan bila ngko ingat aku takkan marah ngko lepas ko asyik MIA, kerja ko aku buat, kerja aku, aku jugak yang buat. patutla takde company lain panggil ko bekerja, sebab ko tu memang tak reti buat keje. Malangla bagi sesuatu syarikat tu kalau terima ko bekerja. paling malang aku bila ko kerja ngn aku.

Ada lagi tu, dah la laki orang, menggatal macam babi hutan. Apa ko ingat aku terhegeh-hegeh nak kau belanja aku makan??Eh, pergi mamposla ko dengan duit ngko tuh..Baik pergi jaga bini ko tu lek lok kasik beranak. Bongok nak mampus!

Ok, geram sudah dilepaskan. Betapa berkuasanya blog ni untuk tempat melepaskan perasaan kan?

Jadi nasihat saya kepada lelaki yang suka panggil perempuan lain "sayang" tu, toksahla nak menggatal cam babi panggil "sayang". Sesungguhnya perempuan tu pun nak termuntah darah bila korang panggil dia camtu. Baik ko guna perkataan tu untuk mak ngko ker, bini ngko ker, barulah nampak berfaedah sikit. Dan tak payahla kalau malam sebelum tu bini ngko tak layan ngko, ko dok kepochi kat orang lain..

Arghh..aku dah rasa lega...Astafighullah al adzim...Saya hanya manusia biasa yg ada perasaan amarah dan bengang.



Wednesday, March 30, 2011

Taman Mini Malaysia & Asean, Melaka

Haritu saya ada memekak dalam twitter tanya nak pi mana this weekend kan? First ingat nak pergi Bukit Fraser, but we end up with Taman Mini Malaysia & Asean kat Melaka. Saya ni nama je orang Melaka, kampung kat Melaka, tapi belum pernah jejak lagi kat sini. Normal thing kan. Tak banyak pun orang KL yg pernah naik Menara KL, tapi cuba tanya orang yg dok kat Negeri lain, ramai yg dah naik Menara KL. Tapi saya dah naik Menara KL yer..

All of us gerak dalam pukul 12pm dan sampai around 2pm. Almost 2hours jugakla sebab berhenti bancuh susu la, terkencing la, tapau makanan da..i tot bole sampai lg awal kot. Kitaorang ikut lebuh raya PLUS, dan sampai kat simpang Ayer Keroh pastu masuk simpang kiri, pastu masuk kanan.Eh, betul ker noks? Lupa lak. Pastu pepandaila kau carik Taman Mini ni sebab tak susah pun nak carik. Ada signboard kan..

Here the map, in case kalau malas nak cari la kan

First, we having lunch at KFC, Jusco Ayer Keroh. Terus makan sampai kenyang then baru gerak ke Taman. Kalau nak pergi mana-mana, better isi perut dulu la kan.

Luqman yang tak reti duduk diam.

Entrance of Taman Mini Malaysia & Asean, Melaka. Syasya slept masa dah sampai, nasib baik bawak stroller kecik ni.

Bayaran Masuk untuk Dewasa RM5 Children RM3
We just pay RM10

En Sepol dan Luqman sumpah dinosour jadi kaku..


Rumah Perlis

Rumah Penang

Rumah Kedah

Rumah Perak

Rumah Selangor

Rumah Negeri Sembilan

Rumah Melaka

Rumah Johor


Rumah Kelantan

Rumah Terengganu

Rumah Pahang

Rumah Sabah

Rumah Sarawak

This is interesting. Kata-kata Hang Tuah tapi jumpa kat Rumah Terengganu

Bagusla ada tempat macam ni kat Malaysia. Actually ada rumah-rumah Asean macam Rumah Thailand, Rumah Brunei, Rumah Filipina, Rumah Myanmar, Rumah Indonesia lagi. Memang pergi, tapi tak masuk dalam-dalam la, sebab bila masuk dalam rumah tu kan, rasa macam sesuatu yang tak best. Rasa kekurangan sebab selalu rumah-rumah Melayu ni,bila nak masuk tepi tangga tu ada tempayan utk basuh kaki, Kat sini, takde lak. No wonder la rasa semacam. Tapi kan, cuaca mak aii..panas bukan main. dahla panas, takde angin lak tu.

Kami dah berjalan 1 Malaysia

Ingat nak singgah Taman Rama-Rama, singgah umah Mak Lang, Umah Mak Su, Umah Nenek saya. Hahaha...mimpi sudey...Terus balik KL, memasing terlentok mengantuk, kepenatan.


Saturday, March 26, 2011

My Saturday

Hari ni sangat panas kan? Dahla tak hujan, duduk pulak dalam rumah berbatu pasir ni. Perghh, memang masak la kan...Kalau lap peluh,memang bole perah la tuala tu sebaldi air bertakung. Dengan melayan si kecik 2 orang ni, memang tak cukup tangan dan belum panas bontot pun duduk kat kerusi. Tak kuasa saya nak duduk kasi bontot panas. Cukupla ketiak basah berpeluh, takkan nak basahkan spender dengan peluh pulak kan. Astaghfirullah..panas lagi api neraka.

Sempat lagi saya singgah McDonalds drive thru beli Sunday Coklat dan Oreo Mudpie. Itu pun masih tak cukup untuk menyejukkan badan lg. Some will say "banyak dosa la tu". Pepandai je kan, ko ada tulis dosa kat buku 555 ker? Bagusla, keje part time tak berbayar.Budget dapat masuk syurga tulis keburukan orang. Padahal kalau rasa sejuk giler, takde pulak yang nak kata "banyak pahala la tu".

Alhamdulillah, sejak BPA diharamkan, bisnes botol susu saya laku macam goreng pisang panas. Sampai saya dah takde stok. Diulangi "takde stok la sayang". Paling tak bole blah "mintak kurang sikit bole tak?". Nak je saya jawab, "boleh, so botol pun kurang la eh". Tapi saya tak kejam weh, saya bagi jugak kurang. Saya pun bukan sengkek takde duit. Yang penting semua bayi didunia tidak menggunakan botol BPA. Saya suka sangat baby, tapi buat masa ni, saya tak sanggup menahan sakit beranak..Adeh,ngilu campur seriau..

Petang tadi saya cuci kereta. Setelah hampir 3 bulan tak cuci kereta. He3..ni memang kes pemalas tahap gajah. Apa salah Gajah?He3..ni memang kes pemalas tahap gajah. Apa salah Gajah? Saya sebenarnya tengah survey Spa Kereta. Seperti yang saya kata, saya ni sekarang taksub banget dengan Spa. So dengan kereta sekali saya nak sumbat hantar ke Spa. Minggu depan la kot.Lepas segala audit selesai..

3 manusia yang saya sayang bersama Gajah



Akhirnya siap jugak entri ni..Perghh, dah malam baru siap. Buat sikit, tutup, buat sikit, tutup..
Paham-paham jer la, bila ada anak ni.Memang tak kasik can langsung..GudNite

Friday, March 25, 2011

Spa..Spa..Spa

Saya sekarang ni taksub dengan Spa. Konon-konon nk mencantikkan kulit la kan. Eh, betul la memang nak cantikkan kulit pun. Sapa taknak kulit cantik kan? Lagi-lagi untuk suami tersayang. Malu weh kalau kulit berkerak-kerak pastu badan daki-daki bersepah-sepah kalau digosok. Ke korang tak kisah?

I just bought 2 Spa offer tau. Sangat murah masa the deals. Sapa lagi kalau bukan Milkadeal tu. Terpaksa akui offer diorang memang meletup dan tersangat-sangat murah sampai tak tahn menengoknya. Sudahnya saya dah beli 2 pakej Spa.

---------------------------------------------------------------------------------------------

nak pergi on April 2010

RM48 instead of RM290 for Signature Purifying Facial + Aromatherapy Body Massage + Rose Salt Body Scrub + Steam Bath + Foot Spa for 2.5 Hours at S Spa, Mont Kiara [83% OFF]

Ni bole dikatakan for the whole body pakej, cuma rambut takde. Best ar kan?

---------------------------------------------------------------------------------------------

nak pergi on Jun 2010

RM36 instead of RM168 for a Jacuzzi Spa + Full Body Scrub + Hot Stone Back Massage + Aromatherapy Full Body Massage for 90 MINUTES at Eve de Beaute, The Strand [78% OFF]

Ni best sebab nak merasa mandi dalam Jakuzi dan harapnya batu tu tak panas la kan.


i jusy pay RM48 + RM36 untuk Spa diatas yer. Murah tak?

im looking for Hair Treatment punya offer pulak. Dulu ada, tapi time tu tak sempat nak beli arrr...

*Tiada idea terbit..

Siapa kata Perempuan Melayu tak menawan?

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena


Jangan kata korang yang tanya, even Mak Mertua saya pun tanya "Ada orang kahwin?". Hehehe, siut jer soklan camtu. Perli yang terlampau menyerlah. Ok takper..tekadkan hati pakai baju kurung setiap hari Jumaat.

dah 2 kali Jumaat saya pakai baju kurung, sebenarnya bukan apa. Last 2weeks kemas-kemas almari baju, En Sepol suruh saya buang semua baju-baju kurung. Bukannya pakai pun. a ahla , mengaku memang pakai baju kurung bila ada kenduri kahwin jer. Kalau takde kenduri, jangan harapla nak sarungkan baju terkurung ni eh..Lagipun dah tak berapa minat pakai baju kurung. Tetapi saya tetap melayu. Disebabkan tak mahu semua baju kurung dibuang, En Sepol meletakkan syarat supaya setiap Jumaat saya pakai baju kurung. Kalau setiap hari lagi bagus. Jadi, saya menyahut cabaran dia dengan memakai baju kurung setiap Jumaat.

Dulu kerap pakai Baju Kurung adalah kerana saya belajar di International Islamic College. Jadi wajiblah pakai baju kurung. So, sampai zaman bekerja pun rajinlah pakai baju kurung. Sampai satu tempat kerja yg last saya kerja, "u r not allowed to wear baju yang crowded, tak professional la" katanya. So, i jux keep all Baju Kurung in the box and wear during the Kenduri kahwin jer.

Dah datang kerja tempat sekarang ni, lagi la jangan nak mimpi pakai baju kurung. Kadang2 seminggu tu saya belasah seluar jeans dari isnin ke jumaat. Casual katanya...

Minggu Pertama


Minggu Kedua

Tunggu Minggu ketiga pulak..Perempuan Melayu kan memang sesuai Berbaju Kurung

Sunday, March 20, 2011

Goodies from Lancome

Remember previous post i did mention bout invitation from Nuffnang for Lancome Maqui Miracle at HERE?

Here im gonna show u wat i get...Eksyen sekejap..

Tapi masih blom guna lagi sebab my compact powder is about to masuk tong sampah. So, just a few days dalam 2 ke 3 hari jer lagi baru leh guna. then i will show u all the MIRACLE about this product, okey dude?

Program Jom Datang Sekolah

Im just came back from my biological mother's house. Quite a long time tak balik rumah. Homesick just gone. Tapi still rindu dengan suasana kat rumah,bilik air,bilik tidur dan dapur. 20 tahun duduk situ, masakan tak rindu kan?

Mak saya masak Nasi Goreng, Pucuk Ubi Masak Lemak, Ikan Tenggiri Goreng dan Bubur Tepung. Perghh, masakan masak kecil-kecil dulu. Bila makan, teringat adik beradik lain masa kecik-kecik, sama-sama duk berkumpul masa hujan makan Bubur Tepung masakan mak.Sedap tak terkata dan hanya Allah yang tahu air tangan mak sendiri adalah yang tebaik di dunia.

Masa tengah lepak-lepak lepas makan, saya terjumpa 2 sijil adik bongsu saya. Quite interestoing to blog about it.


Sekolah saya dulu dah buat "ProgramJom Datang Sekolah".. Best ooo...Those yang full attendance for the month akan dapat Sijil. Of course bangga dapat sijilkan. Tapi masa saya sekolah dulu takde pun bende-bende camni. So, dah tentu saya banyak ponteng sekolah sampai dapat 2nd Warning Letter. Owh, pemalas giler aku weh! BTW, tahniah kepada my lovely brother, Syukur for his kerajinan..Hahaha..Semoga berjaya di masa depan..

Januari dan Februari

Ada lagi ke Sekolah yang buat camni? Satu usaha untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah.

Mereka ni saja lah yang berada dirumah mak tadi.

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL




  1. Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
    Pernah. Sebab dia Tegas dan Baik Hati. Kerana Keperibadian dia yang berlawanan dengan saya. Seperti melengkapkan kami antara satu sama lain.

  2. Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
    Tidak sangat, tapi adalah sikit. Saya suka yang tinggi. Kerana saya perlukan pertolongan seseorang untuk mengambil barang kat tempat yang tinggi. Sebab saya dah banyak kali jatuh kerusi sampai sekarang tulang punggung terasa sakit kalau duduk dalam sejuk lama-lama, gara-gara nak amik barang yg tinggi. Baru sedar, betapa rendahnya aku...

  3. Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
    Tangan dan Kaki. Sebab orang yang tinggi selalunya tangan dia Panjang. So, bole saya dok mengarah "ambik tu" atau "ambik ni".Maklumla, dah la pendek, tangan pun pendek.

  4. Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
    Tak setuju. Adakah sebelum kahwin, anda tak Bahagia??Kesiannya, hidup sengsara...

  5. Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
    Absolutely, sangat-sangat tak setuju. Ada jugak wanita bermuka hodoh macam Pamela Anderson materialistik. Harapkan bdoy je mantap, tapi plastik. Begitu juga lelaki, dahla muka tak hensem, tapi awek keliling pinggang, mungkin sebab banyak duit. Janji Masyukkkk..

  6. Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
    Tinggi, Putih, Bertanggungjawab, Tegas, Singgah Masjid utk Solat even tgh dating, Suka Makan, Suka Travel.

  7. Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
    Alhamdulillah...berpuashati.

  8. Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
    Puashati, even ketot, tapi dah kahwin.Maksudnya cun la tuh..

  9. Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
    Of course. hendaklah sentiasa menjaga penampilan dan sentiasa nampak cantik di mata orang yg kita sayangi terutama suami. Dalam Al-Quran pun ada sebut begitu. Cth : Makan bila Lapar, Berenti sebelum Kenyang. Makan makanan yang Halal. Daging yang disembelih dengan cara yg betul. Semua tu mempengaruhi bentuk tubuh badan. Kita adalah apa yg kita makan.

  10. Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
    Saya tak pasti sebab saya tak pernah cuba benda-benda camtu. Lain orang lain efek nya. tapi terpulanglah sapa yg terdesak untuk menguruskan badan. Rasanya tak payahla pakai benda camtu, sebab org dulu-dulu takde pakai benda macam tu. Yang penting jaga pemakanan. Atau jadi seorang Vegetarian. Cuma makan sayur-sayuran dan Ikan dan Kekacang. Percaya atau tak, orang sekarang banyak tidur. Tidur tu lah punca penyakit sebenarnya...


Those are interested to join this contest, kindly click THIS to see the detail. Rock Abg Ben!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...