Sunday, October 14, 2012

Yuran di Little Caliph 2012

Assalamuailaikum...

Jadi belanjawan 2012 pertengahan tahun untuk keluarga saya pun mula bertambah. HuHuHu....demi anak, relakan ajer yer. Nasib baik memang dah ada budget untuk Luqman masuk sekolah awal. Saya budget dalam RM1000 untuk pendaftaran. Patut sedia maklum kalau sekolah swasta memang macam tu yuran pendaftaran.

Pendaftaran sahaja RM200. Bulanan RM240 untuk separuh hari. Luqman pergi sekolah separuh hari sahaja. Sebab takut Tok dan Tok Wan dia rindu kalau pergi sekolah satu hari.

Uniform RM49 + Kopiah RM6 sudah + Baju Sukan RM29. Buku sahaja RM107.50. Korang boleh tengok macam schedule kat bawah ni. Apa yang saya tahu jumlah semua semasa pendaftaran ialah RM626.50 campur dengan bayaran bulanan RM240. Memandangkan Luqman masuk tengah bulan, jadi saya dah minta diskaun bayar separuh. RM120. Wakakakakaka......So total semua RM746.50 bagi bulan Jun2012. Bulan-bulan seterusnya hanya RM240.




Bawah ni Full Payment Summary.

Waktu persekolahan pula:

Separuh Hari : 9pagi sampai 12tghari
Pagi sampai Petang : 9pagi (9or maybe ada yang lagi awal) hingga 6petang.

Makluman ada caj tambahan sekiranya lambat sangat ambil anak-anak yer. Setahu saya 1 jam kena RM5.

Untuk lebih detail boleh terus pergi hubungi Principal tadika iaitu Cik Suhaila. Diulangi "Cik" okay. Muda-muda dah ada bisnes kindergarten kan....Jeles i....HuHiHa..

Cik Suhaila Bt Abd Ghani
Principal & Manager, Little Caliphs Kindergarten
Bandar Sri Permaisuri
Tel : 012 288 3444
Email : littlecaliphsripermaisuri@yahoo.com

So, dah register anak untuk tahun 2013? Cepat-cepat...!

*Saya baru tahu, kalau masuk tadika KEMAS hanya RM20 plaing mahal sebulan. Ye ker?

3 comments:

Liz said...

Batrisyia masuk TLC tahun depan. Registration je dah lebih 1.3k sebab aku ada tambah uniform. Buku pun mahal sikit. Bulanan dia RM250. Tapi takpe la, janji ok. Aku rasa lain branch lain fees dan waktu pembelajaran kot.

SaiSyi said...

owh, memang senang skit kalau ada uniform lebih.kalau tak, tiap-tiap hari nak mencuci baju.

A ah, memang lain tempat lain charge dia.

Anonymous said...

sy ader jugak hntr anak sy ke tlc.. mmg yuran lain2 utk lain branch.. cuma memandangkan awk dah ader experience,nak tny; sepnjng anak kat situ,dia ader bg schedule pembelajaran(apa yg akan diajar) utk sethn tak? weekly information tntg apa yg anak bakal belajar minggu tu ader bg tak? buku parent communication book tu diorg guna buku latihan biasa yg harga 80c tu ke atau properly done guna A4 book?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...