Tuesday, June 28, 2011

Mimpi bertemu dengan Malaikat

Saya hanya ingin berkongsi mimpi yang saya alami 2 minggu lepas. Sama ada ianya betul atau tidak, Wallah’u’allam.

Dalam mimpi saya ada beberapa ekor burung yang berwarna putih lepas tu ada corak bulat warna hitam dah ditengah warna hitam ada titik hitam kat badan burung putih itu, yang mana mereka bercakap dengan saya, Tak ingat pula apa yang kami bualkan. Selepas itu tetiba muncul seseorang. Semua burung melarikan diri dan naik atas bumbung kerana takutkan kehadirannya. Salah seekor burung-burung itu beritahu saya yang datang itu ialah Malaikat. Lalu saya pun mengigil takut dan terasa hormat yang sangat-sangat lantas terduduk kat tepi dinding sebab takut kerana yang datang itu ialah Malaikat Maut. Tak salah saya la.

Kemudian saya tak ingat…

Semasa saya tidur, saya baru lepas solat Isyak. Maka saya tidur dalam keadaan berwuduk. Esoknya saya cerita kat keluarga saya. Mereka kata mimpi bertemu Malaikat maknanya umur panjang. Amin dan Alhamdulillah sekiranya betul.

Tapi ingat, itu sekadar mimpi. Okay, sebenarnya saya pun tak tahu nak cakap apa pasal mimpi saya. Selalunya bila saya bermimpi, saya akan lupa dalam 2 hari. Tapi mimpi ni, dah 2minggu pun masih teringat.

Apakah maksudnya?



1 comment:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

alamak saya tak pernah pula mimpi jumpa malaikat tapi mesti benda elok akan jadikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...