Sunday, June 26, 2011

Resepi Macaron

Memandangkan korang semua dah faham serba-sedikit pantang larang tentang Macarons, saya nak turunkan resepi pula. Sebenarnya resepi ini saya dapat dalam Internet jugak wooo...Kalau korang google, memang banyak yang resepi cenggini. Memandangkan saya dah hafal, jadi saya tulislah kat sini.

Bahan-bahan :

80gram telur putih ( 2 biji telur Gred B )
80gram Serbuk Almond
120gram Gula Icing
60gram Gula Caster
Sedikit Esen Vanila

Cara-cara :

1. Ayakkan Serbuk Almond dan Gula Icing. Hasil dari ayakkan itulah yang akan korang masukkan dalam putih telur nanti. Jangan tambah-tambah pula untuk kasi sukatan sama seperti belum diayak jer. Eh, ker saya jer yang buat camtu. Hahahaha..Oh, suka ah tu. Dah ayak, kasi letak tepi.

2. Pukul putih telur dengan kelajuan yang maksimun sampai berbuih. Bila da berbuih-buih, masukkan Gula caster dan Esen vanila. Kemudian pukul lagi sehingga stiff. Atau dalam makna kata lain, kalau korang terbalikkan mangkuk yang ada putih telur, confirm putih telur tu tidak akan jatuh tertempek.

3. Bila dah pukul sehingga stiff, masukkan serbuk almond dan Gula Icing yang telah diayak secara sedikit-sedikit. Gaul secara perlahan-lahan dan lembut seperti Wanita Melayu Terakhir.

4. Masukkan dalam piping bag atau plastik biasa kemudian gunting hujung bucu plastik.

5. Pipekan atas kertas pembakar dalam bentuk bulat. Saya guna Silicon paper. Murah dan boleh pakai banyak kali. 1 roll dalam RM3.60.

6. Keringkan macaron yang mana bila ko sentuh macaron tu, tak akan melekat kat jari. Maksudnya surface macaron kering.

7. Masukkan dalam Oven bersuhu 150 degree selama 15minit.

8. Kalau ada kaki atau sesetengah orang panggil skirt, whatever! janji ada naik dan permukaan tak pecah. Maknanya jadi la tu. Kalau pecah, maksudnya tak keringla tuh.

Okay itu saja. Senang kan? Cuba tau!

Kalau ada mana-mana yang tertinggal, sila komen yer.




1 comment:

belogkiter said...

manis sangat.. tapi entah kenapa.. setiapa kali nampak mesti nak makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...