Saturday, March 12, 2011

KRU tolong Jawab

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

Pagi ni saya bangun lewat sebab Hari Sabtu. Bangun-bangun terus masak Bihun Goreng. Tawar pulak. Saya kalau memasak, paling takut or ragu-ragu nak masukkan bahan ialah Minyak dan Garam. Selalunya bende yang saya masak jadi kering dan tawar.Fahamla maksudnya kan? Sebab keturunan saya ada penyakit yang berkait rapat dengan penambah makanan tersebut. Jadi, seboleh2 saya cuba nak mengurangkan pengambilan. Tapi kalau makan kat luar, jgn harapla bole kurangkan 2 benda tuh. Bedal jer, janji kenyang. No wonder hospital sentiasa penuh dengan pelbagai gejala penyakit sekarang ni.

Semalam saya tengok Khurafat. Bagi saya yang pengecut ni, memang akan kata cerita tu seram la kan. Tapi, okla standard seram cerita melayu. Kita tak bole buat lebih-lebih sebab kita ada agama, so nak berhantu-hantu pun tak payahla over kan. Tiap kali tengok cerita Melayu, mesti Mak Mertua saya join sama. Bila dah abis cerita, ayat yg akan keluar "Laa, camtu jer?". Sedia maklum yang manusia memang tak kan pernah puas. Dah dapat betis nak peha. Kalau nak lagi bagus, kene buat cerita sendiri la kan..Memang akan feeling lebih. Kecuali Magika, berulang-ulang tengok. Tapi apasal cerita tu dalam ranking yang ter ke bawah sgt??

KRU tolong jawab..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...