Wednesday, March 2, 2011

TEMPOH BAYAR SAMAN DILANJUTKAN HINGGA 10 MARCH

Kawan-kawan dan pembaca blog yang dikasihi sekalian. Tempoh bayaran saman dilanjtkan sehingga 10 March 2011 yer. So, apalagi, cepat-cepatlah bayau saman yerk..Saya pun ada saman, tapi orang lain yg buat saman tu, so pepandaila orang yg pakai tu bayar ek.

Teringat masa last day nak bayar saman, saya temankan kawan pergi pejabat pos, Bapak giler ramai manusia dalam pejabat pos tu, pastu bole lak ada notis letak kat mesin nombor giliran tu kata :

Untuk Pembayaran saman, Sistem Tergendala pada waktu ini

Siutla kan, dahla hujan basah lenjun, pastu bole lak sistem down. Tapi tu la kan, sapa suruh tak bayar saman awal-awal noxxx..

**************************************************************************************

Tempoh bayaran saman trafik dilanjutkan 10 hari lagi

02/03/2011 2:33pm

PUTRAJAYA 2 Mac – Tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas kini dilanjutkan selama 10 hari lagi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, lanjutan tempoh bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Semalam, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai Selasa.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir. - Utusan


*********************************************************


Puas hati??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...