Monday, March 7, 2011

Medela Freestyle or Spectra 3?

Ahad lepas, saya telah melepaskan barangan yang juga boleh dikatakan kesayangan saya iaitu Medela Freestyle. Harga saya beli RM1600++. Dapat murah sebab beli kat Oversea. Kalau beli dalam Malaysia, harga kurang-kurang dalam RM2,600. Saya telah jual dengan harga RM1000. Ok, dah bole beli handbag mahal-mahal2 kot.Ada yg kata, "bapak mahal pum ko, macam pam susu lembu jek". Alah, sukati aku la, tetek aku,bukan tetek ko nyahh...

Saya baru pakai sebulan lebih dan tetiba feeling nak stop breastfeed tu datang sgt kuat, ditambah dengan kerja opis dan rumah yang membuatkan saya kadang2 takde masa nak lari pergi pam susu. Sudahnya stok susu untuk Syasya semakin kurang dan kadang-kadang takde langsung dan terpaksa stock up with Formula. As a Mother, hati mana la yg tak sedih bila anak minum susu Formula kan??Saya pun sedih, dah macam-macam saya makan Vitamin dan Jamu (you name it, semua dah cuba) untuk tambahkan susu badan dan kerapkan sesi mengepam waktu malam.

Ermm, im gonna miss the moment....

Syasya mula tak direct breastfeed masa 4bulan, so saya terpaksa berhempas pulas menyediakan bekalan dia. Alhamdulillah, for the first 6months, she just took BREASTMILK.Alhamdulillah...

Ramai yang tanya saya, Best ke Medela? Apa beza Medela dengan Spectra?

PADA PENDAPAT SAYA,

Medela, which is Medela Freestyle ianya sangat mobile, bole bawak kemana2 macam handphone yg dah charged.Pastu kecik senang nak bawak, even tgh drive pun boleh pump..Pastu takde cucuk kat soket eletrik.Sonang jo kan? Tapi, bising jer la.

Spectra, besar dan berat sikit. (tapi still bole angkat guna satu tangan). Ini ialah comparison between Spectra and Medela Freestyle yer noxx..Kene cucuk kat soket eletrik atau beli adapter kalau nk pam dalam keta. Veryyyyyyyyyyy the SILENT.....Harga dalam RM350++. So far, saya dah beli 2 set Spectra 3. 1st masa breastfeed Luqman,pastu jual. Sekarang, masih ada tersimpan dalam kotak, digunakan masa breastfeed Syasya.

aiiii, kalau diberi pilihan, seriusly saya memang tak bole nak pilih. So, terpaksa la beli kedua-duanya skali. Selagi ada duit kan?

Tak kisahla apa pum pun yang kita pakai, mahal ke murah ke, besar ke, kecik ke, yang penting SUSU ANAK ANDA DENGAN SUSU IBU at least 6months. Mana yang tak tau pasal cara-cara menghandle susu ibu, bole lah ke SUSUIBU.COM. Dalam tu banyak giler informasi yang berguna sangat-sangat.

itu jer buat entri kali ni. Hari ni saya cuti sebab Syasya demam. Sian anak ibu...

Juz Sharing wat the best pump i ever used before dude...

2 comments:

Ale said...

dear, spectra 3 available ke? berapa harga? PM di 0193345290. tq sgt2

Ale said...

dear, ada lg tak spectra 3 tu? berapa price? msg me at 0193345290. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...